Sunday, 12 October 2014

HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Dalam dialog antara Arnold Toynbee (1889-1975), seorang sejarahwan Inggeris dengan seorang pemimpin agama Buddha dari Jepun, Daiseku Ikeda (Lahir 1928, Presiden Soka Gakkai, sebuah pertubuhan keagamaan) yang berlangsung pada tahun 1971 hingga 1974, mereka merumuskan bahawa hubungan timbal balik antara manusia dan alam sekitarlah akan membentuk suasana hidup yang harmoni. Keharmonian kehidupan akan membolehkan manusia memperkembangkan kehidupannya dengan kreatif.

Bagi Arnold Toynbee, sejak nenek moyang kita menjadi manusia, mereka terus menerus membuat perubahan untuk menyesuaikan dengan keperluan manusia. Perubahan juga turut dilakukan oleh spesies bukan manusia, sungguhpun berbeza dengan manusia, hidup-hidupanini tidak bertindak terhadap persekitarannya secara sedar dan sengaja. Baik manusia ataupun spesies hidupan yang lain, mereka tidaklah menghapuskan sekitaran semula jadi dengan meletakkan sekitaran buatan di atasnya.

Ini mungkin satu jawapan sesuai pada era 1970-an, tetapi tidak lagi berlaku pada akhir tahun 1980-an hinggalah ke dekad kedua abad ke-21. Permulaan abad ke-21 telah menyaksikan banyak kemusnahan dan malapetaka berlaku disebabkan oleh sikap manusia untuk menggantikan alam sekitar semula jadi dengan persekitaran baru melalui perkembangan sains dan teknologi. (Toynbee dan Daisaku Ikeda, Memilih Kehidupan: Satu Dialog,Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988, terjemahan Asmah Haji Omar)

Bagi membolehkan manusia tinggal selesa, manusia mencipta ruang tempat tinggal yang lebih kukuh dan nyaman. Atas dasar kepintaran akal manusia membina rumah-rumah dengan menggunakan sumber daripada longgokan habuk sebagai batu-bata dan simen. Longgokan batu dan simen itu kemudiannya menghasilkan iklim dalam bangunan yang panas, maka manusia menggunakan pula alat penghawa dingin. Bagi memudahkan aktiviti rumah tangga berjalan dengan baik, manusia mencipta pula pelbagai peralatan rumah menggunakan tenaga elektrik, sehingga memberikan tekanan kepada keharmonian alam sekitar.

Menurut Daisaku Ikeda, dalam percubaan manusia menakluk alam semula jadi, bangsa manusia telah memporak-perandakan irama yang tetap dan asas pada alam semula jadi itu. Setelah menderita dan dituntun ke pinggir kemusnahan oleh tindakan manusia, alam semula jadi kini memberontak terhadap kehidupan manusia.

Daisaku melihat fenomena ini berlaku atas dua sebab. Pertama ialah, manusia moden tidak menganggap alam semula jadi itu hidup seperti hidupnya manusia sendiri; ini bermakna, dia memikirkan alam semula jadi sebagai sesuatu yang pada asasnya berbeza dengan bangsa manusia.
Kedua, dengan kepercayaan bahawa di antara semua makhluk yang ada, dirinya itulah yang paling dekat dengan Tuhan, maka manusia menganggap bahawa sudah sewajarnyalah dia menguasai semua makhluk lain dan meletakkan mereka di bawah kehendaknya.

Atas alasan memenuhi kehidupan moden, manusia menaklum alam semula jadi untuk dibangunkan sebagai kawasan industry dengan memusnahkan fauna dan flora. Dengan desakan menguasai kehidupan manusia telah mengubah sesebuah kawasan semula jadi menjadi sebuah taman batu ataupun persekitaran lembangan syurga rekreasi dan gelanggang sukan golf, litar lumba, loji simpanan barang, pelabuhan dan pengkalan marin.

Kawasan pinggir pantai atau laut telah bertukar menjadi kawasan pelancongan yang memukau bukan kerana keindahan semula jadinya, tetapi ditambahkan dengan pelbagai rekreasi air dan bangunan mewah. Persekitaran pinggir pantai telah dimusnahkan, di mana tumbuh-tumbuhan yang menjadi pengimbang hempasan ombak laut semakin luput.

Keadaan ini dapat disaksikan apabila sebahagian besar kawasan persekitaran Lautan Pasifik mengalami ombak Tsunami pada penghujung tahun 2004. Ketika itu, mereka yang berkelah di Pantai Miami, Pulau Pinang ikut sama terjebak dengan ombak ganas sehingga mengorbankan ratusan orang. Hempasan ombak ganas turut menjadikan sector pelancongan Pulau Phuket menjadi lembangan mayat dan hampir menghancurkan sebahagian destinasi pelancongan terkenal itu. Lebih menyedihkan apabila lebih 200,000 orang terkorban di Aceh sehingga menyebabkan beberapa buah kampong musnah. Turut dilanda serentak kesedihan dan kehilangan nyawa ialah Sri Lanka, Madagascar dan kepulauan Maldives.


Hempasan ombak dikatakan boleh disekat secara semula jadi kerana tanah dicengkam dengan kuat oleh akar-akar pokok bakau dan api-api. Berbanding dengan kemusnahan di kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan penampan – bakau dan api-api -jelas membuktikan bahawa kewujudan pokok tersebut sebenarnya menjadi pengimbang kepada kelestarian alam semula jadi. Tetapi, manusia menjadi semakin pintar dengan sikap tamak meraih keuntungan memusnahkan pokok-pokok bakau untuk dijadikan arang dan bahan binaan. Paling besar kemusnahan yang berlaku di Aceh, kerana penduduk Aceh sebenarnya telah lama mengeksport arang..

Perhubungan diantara manusia dengan alam sekitarnya. 

Sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa alam itu bukanlah maya atau bayangan. Alam itu adalah positif malahan dala perkataan sehari-hari alam itu disebut alam yang nyata.
Oleh sebab itu harus dipergunakan secara nyata pula untuk kebahagian manusia itu. Memakainya adalah menurut keupayaan masing-masing yang dimiliki oleh manusia itu.
Demikianlah pancaindera manusia itu secara langsung dan nyata mempergunakan alam yang nyata itu untuk keperluan jasmaninya dan kebahagiaannya selama manusia itu di atas dunia.
Dan berpijak kepada alam yang nyata ini pulalah fikiran itu sampai kepada idea dan abstrak. Rasa juga dapat dengan melalui alam itu sampai kepada abstrak, sungguhpun tidak dapat diperhitungkan.
Dan meyakini adanya alam yang nyata itu sebagai bukti dari adanya rahmat dari Al-Wahhab. Dengan demikian nyatalah bahawa alam itu adalah nyata. Kalau sekira alam itu maya maka tentulah hasil dari segala usaha manusia dalam mempergunakan tenaga yang ada padanya seperti pancaindera, fikiran, rasa dan keyakinan itu akan maya pula.
Kalau demikian halnya apakah dan bagaimanakah manusia itu akan memberi manfaat dari tujuannya?. Hanya dengan hidup yang nyata dalam manusia itu sanggup menentukan wujud hidup dan adanya itu secara nyata dan berusaha dengan nyata.
Selama hidupnya manusia itu berada diatas dunia, nyatalah betapa pentingnya dunia itu bagi manusia untuk hidup dan untuk akhirat.
Dunia itu penting juga ertinya buat manusia untuk mati, sebab segala sesuatunya yang bermanfaat baginya untuk dialam akhirat, tentulah selama hidup di dunialah harus diusahakannya. Untuk persiapan menghadapi masa yang akan datang, tentulah masa sekarang dipergunakan untuk persiapan menghadapi mati tentulah mesti masa hidup itu dipakai.
Oleh sebab manusia itu hidupnya diatas dunia dan dia berusaha diatas dunia maka dengan sendirinya pentinglah dunia ini ertinya terhadap akhirat bagi manusia itu.
Dengan demikian, maka nyatalah bahawa hidup itu bukanlah semata-mata untuk hidup sahaja tetapi hidup pun juga itu untuk mati.
Dunia ini adanya pun ialah kerana diadakandan yang mengadakan adalah Tuhan Yang Maha Kuasa. Tidak ada suatu pun juga di dalam alam yang ada kerana kemahuanmya sendiri atau ada dengan sendirinya. Malahan sesudah tuhan menciptakan alam ini tidaklah ada lagi yang baru. Apa yang terdapat di dalam dunia ini sekarang dan di masa akan datang hanyalah perubahan dari sesuatu yang telah ada atau materistik dari yang telah ada.

Bagaimana unsur pendidikan alam semula jadi dapat diserapkan
Memandangkan degradasi alam semula jadi yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti kemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam semula jadi.


Objektif pendidikan alam semula jadi.
Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam semula jadi. Di samping itu memperolehi nilai untuk memupuk sikap yang positif, cintakan alam semula jadi dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan alam semula jadi. Ini juga membolehkan kita memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada secara terancang.

-Unsur pendidikan alam semula jadi.
 Kegunaan dan faedah tumbuhan
 Kegunaan dan faedah air
 Kegunaan dan faedah hutan

No comments:

Post a Comment