PENGASAS KERAJAAN BANI
ABASIYAH
- Beliau ialah Abdullah bin Muhammad dan lebih
terkenal dengan gelaran Abu al-Abbas as-Saffah,lahir di wilayah al-Hamimah
tahun 104 Hijrah.
- Dilantik menjadi Khalifah ‘Abbasiah yang
pertama ketika berlakunya serangan tentera Abu Muslim yang bergerak mara
dari Khurasan untuk merampas kuasa dari kerajaan Umaiyah.Sebelum dilantik
menjadi Khalifah beliau telah diserahkan memimpin kaum ‘Abbasiah oleh
Ibrahim bin Muhammad yang telah ditahan di bawah undang-undang keselamatan
dalam negeri.
- Beliau adalah seorang yang gagah berani,kuat
ingatan dan bersikap keras terhadap kaum Bani Umaiyah,saangat suka
berperang hingga digelar as-Saffah yang bererti penumpah darah.
- Dalam masa memegang teraju pemerintahan,beliau
terkenal sebagai seorang yang amat kuat menjalinkan tindakan-tindakan
keras terhadap orang-orang yang menjadi musuhnya terutama kaum Bani
Umaiyah.
- Mereka diburu dan dikejar dengan hebatnya di
mana-mana sahaja mereka berada.Tindakan seperti itu juga dijalankan
terhadap orang-orang yang telah berjasa besar dalam gerakan mendirikan
kerajaan ‘Abbasiah dahulu termasuklah Abu Salmah al-Khalali,kerana
dicuriga memindahkan pemerintahan kepada keluarga Saiydina Ali dari kaum
Syiah.
PUSAT
PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH

IRAQ (BAGHDAD) PUSAT
PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABASIYA
( 740- 1258 M)

SALAH SATU MASJID
PENINGGALAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABASIYAH YANG TERLETAK DI KUFA, IRAQ

KESAN PENINGGALAN KOTA
KHURASAN (AFGHANISTAN) ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN ABASIYAH, KOTA INI DIKENALI
SEBAGAI "NASTHIFAN"

PUSAT PEMERINTAHAN KERAJAAN
BANI ABASIYAH DI HUMAIMAH, SYRIA
![]() |
KESAN PENINGGALAN ISTANA ZAMAN KERAJAAN ABASIYAH YANG DIKENALI SEBAGAI "AL-BANAT" TERLETAK DI BAGDAD |
- Pusat pemerintahan kerajaan bani abasiyah
pada permulaannya terpecah kepada tiga bahagian
iaitu kufah di iraq, humaimah di syria, dan akhir skali baghdad di, iraq
- Ketiga-tiga pusat ini memainkan peranan
penting dalam kejayaan bani Abasiyah menjatuhkan kerajaan bani Umayyah
- Di Kufah, ia diketuai oleh abu abbas
al-saffah, beliau memimpin golongan mawali iaitu orang islam yang bukan
berketurunan arab (parsi, barbar, turki) untuk melakukan pemberontakan
terhadap khalifah bani umayyah.
- Semasa pemerintahan khalifah kedua bani abasiyah
" iaitu ABU JAAFAR AL-MANSYUR" pusat pemerintahan kerajaan Bani
Abasiyah berpindah dari Kufah, Iraq ke Humaimah, Syria.
- Kemudian, Khalifah JAAFAR AL-MANSYUR, memindahkan
skali lagi pusat pemerintahan dari Humaimah, syria ke kota Baghdad, Iraq.
CORAK PEMERINTAHAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABASIYAH
- Mengekalkan pemerintahan bercorak khalifah yang
diwarisi oleh satu keturunan sahaja iaitu dari keturunan Abu Abbas-as
saffah pengasas kerajaan bani Abasiyah
KRONOLOGOI KERAJAAN ABASIYAH (750-1258M)
Kronologi Kerajaan Bani
Abbasiyyah
- 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali.
Pembunuhan Abu Muslim.
- 756M- Abd
ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani
Ummaiyyah Sepanyol.
- 763M- Penubuhan kota Baghdad.
Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
- 786M- Harun
al-Rashid menjadi Khalifah.
- 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
- 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta
oleh Al-Khawarizmi.
- 805M- Kempen menentang Byzantine.
Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
- 809M- Kewafatan Harun
al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
- 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun.
Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
- 1000M- Masjid Besar Cordoba siap
dibina.
- 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
- 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki
Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga
tahun 1258 apabila
tentera Mongol memusnahkan
Baghdad.
- 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
- 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily,
pemerintahan Muslim di sana tamat.
- 1095M- Perang
Salib pertama berlaku.
- 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis.
Mereka membunuh semua penduduknya.
- 1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian.
Perang Salib kedua berlaku.
- 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada
tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
- 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
- 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di
Sepanyol).
- 1258M- Tentera Mongol menyerang
dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad.
Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
SENARAI
KHALIFAH KERAJAAN ABASIYAH DI BAGHDAD 750-1258M
Khalifah Abbasiyyah Baghdad
- Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754
- Al-Mansur 754 - 775
- Al-Mahdi 775 - 785
- Al-Hadi 785 - 786
- Harun al-Rashid 786 - 809
- Al-Amin 809 - 813
- Al-Ma'mun 813 - 833
- Al-Mu'tasim 833 - 842
- Al-Wathiq 842 - 847
- Al-Mutawakkil 847 - 861
- Al-Muntasir 861 - 862
- Al-Musta'in 862 - 866
- Al-Mu'tazz 866 - 869
- Al-Muhtadi 869 - 870
- Al-Mu'tamid 870 - 892
- Al-Mu'tadid 892 - 902
- Al-Muktafi 902 - 908
- Al-Muqtadir 908 - 932
- Al-Qahir 932 - 934
- Ar-Radi 934 - 940
- Al-Muttaqi 940 - 944
- Al-Mustakfi 944 - 946
- Al-Muti 946 - 974
- At-Ta'i 974 - 991
- Al-Qadir 991 - 1031
- Al-Qa'im 1031 - 1075
- Al-Muqtadi 1075 - 1094
- Al-Mustazhir 1094 - 1118
- Al-Mustarshid 1118 - 1135
- Ar-Rashid 1135 - 1136
- Al-Muqtafi 1136 - 1160
- Al-Mustanjid 1160 - 1170
- Al-Mustadi 1170 - 1180
- An-Nasir 1180 - 1225
- Az-Zahir 1225 - 1226
- Al-Mustansir 1226 - 1242
- Al-Musta'sim 1242 - 1258
SUMBANGAN KERAJAAN ISLAM ZAMAN BANI ABASIYAH
- Mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke 9
masihi. Sewaktu pemerintahan khalifah HARUN AL-RASHID dan anaknya yang
bernama AL-MAKMUM ( 786-833M).
- Pada masa tersebut, kegiatan ilmiah berkembang
dengan pesat dan meluas melalui kegiatan penulisan dan penterjemahan.
- Kota baghdad telah muncul sebagai pusat
perkembangan dan penyebaran intelektual islam hasil kajian daripada
karya-karya Yunani, Rom, Parsi, dan Tamadun indus.
- Pelbagai tokoh dalam bidang ilmu pengetahuan dalam
bidang PENULISAN dan PENTERJEMAHAN telah muncul.
- Dalam bidang penulisan dilakukan mengikut tiga
cara:
1) Mencatat segala percakapan
dan idea
2) Mengumpul idea yang serupa
dan dibukukan
3) Mengarang dan
menterjemahkan buku
- Pada masa ini sebuah intitusi ilmu pengetahuan
yang dikenali sebagai BAITUL-HIKMAH telah dibina dibaghdad
- Intitusi tersebut menjadi pusat pengumpulan ilmu
pengetahuna para cendekiawan islam dari bidang agama. sejarah, dan
ilmu-ilmu keduniaan seperti perubatan, matematik, dan sains.

* Arca gambar khalifah HARUN
AL-RASHID yang ditemui di Baghdad. Zaman pemerintahan
beliau dikenali
sebagai " GOLDEN AGE OF ISLAM"

* Tinggalan runtuhan
BAITUL-HIKMAH yang pernah menjadi tumpuan para cendekiawan zaman
pemerintahan
kerajaan bani ABASIYAH*

* contoh Manuskrip yang
ditulis pada zaman abasiyah yang mengandungi istilah-istilah saintifik yang
diterjemahkan dari bahasa yunani ke bahasa arab
* Contoh cara pengajaran
bidang perubatan pada zaman bani abasiyah di Baitul-hikmah.
TOKOH-TOKOH ILMUAN ZAMAN
KERAJAAN ABASIYAH

* AL-FARABI TOKOH DALAM BIDANG
METAFIZIK
ZAMAN KERAJAAN
ABASIYAH.

*
AL-KHAWARIZMI TOKOH DALAM BIDANG MATEMATIK DAN ILMU FALAK. BELIAU ADALAH
PENGSASAS TEORI algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar
dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan
trigonometri.

* IBN KHALDUN TOKOH DALAM BIDANG SOSIOLOGI DAN
SEJARAH
ZAMAN KERUNTUHAN KERAJAAN BANI ABASIYAH
- Bermula semasa pemerintahan khalifah yang ke 9 iaitu
al-wasith tahun 840M. Beliau gagal melakukan perubahan dalam pentadbiran
yang terus dikuasai oleh orang Turki.
- Khalifah abasiyah terus dikuasai oleh orang turki dan
parsi, mereka yang berbangsa arab semakin dipinggirkan
- Menjelang kurun ke 9 juga berlaku perpecahan dalam
kerajaan bani abasiyah. perpecahan ini adalah akibat dari timbulnya
pelbagai fahaman dalam islam seperti syiah, muktazilah, yang gagal dikawal
oleh khalifah abasiyah.
- Kesannya beberapa wilayah kekuasaan bani abasiyah
telah memisahkan pentadbiran mereka dari kekuasaan khalifah. ini berlaku
kerana mereka tidak mahu tunduk kepada khalifah abasiyah yang terlalu
mengikut telunjuk orang parsi dan turki.
- Kemuncak kejatuhan kerajaan bani abasiyah adalah pada
tahun 1258m, semasa dibawah pemerintahan khalifah al-mu" tasim. Pada
masa ini seorang menteri yang bernama umaiyuddin muhammad al-qami telah
berlaku khianat. dan akhirnya tentera monggol dibawah pimpinan Hulaghu
khan berjaya memusnahkan bagdad.
No comments:
Post a Comment