Monday, 13 October 2014



KERAJAAN BANI UMAIYAH

1.       SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

·         Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah
·         Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah
·         Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab
·         Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati
·         Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim
·         Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat :
-          Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah
-          Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad
-          Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

2.       SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

·         KETENTERAAN
·         Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
·         Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :
1)                  Pasukan tengah
2)                  Pasukan sayap kanan
3)                  Pasukan sayap kiri
4)                  Pasukan hadapan
5)                  Pasukan barisan belakang
·         Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.
·         Angkatan tentera juga terdiri dari
1)                  Pasukan berkuda
2)                  Pasukan berkenderaan
3)                  Pasukan jalan kaki
·         Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
·         Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah
·         Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat
·         Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
·         Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )
·         PENDIDIKAN
-          Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
-          Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu
-          Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
-          Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
-          Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari
-          Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini
·         EKONOMI
-          Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan
-          Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini
-          Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
-          Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
-          Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll
-          Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara
-          Hasil negara ketika itu terdiri dari :
1)                  Kharaj
2)                  Jizyah
3)                  Zakat
4)                  Usyur
5)                  Fai'e
6)                  Zakat
7)                  Ghanimah


3.       FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

·         Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.
-          Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk meluaskan islam keseluruh dunia
·         Penguasaan ilmu pengetahuan.
-          Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan
·         Ekonomi yang stabil.
-          Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi
·         Kekuatan tentera
-          Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan islam ke India, afrika utara dll
·         Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
-          Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma
·         Semangat jihad yang tinggi
-          Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran


4.       KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

·         Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya
·         Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin
·         Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat
·         Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali
·         Melaksanakan hukuman dengan adil
·         Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam
·         Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat


5.       FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

·         Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam
·         Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara
·         Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah
·         Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah


6.       PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA NEGARA ISLAM

·         Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada masa dahulu
·         Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang  demi meninggikan taraf umat islam
·         Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas
·         Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.

No comments:

Post a Comment